Saturday 24 December 2016

Pinjaman Allah 25 tahun 2 bulan....Mak Abah

Hari Konvokesyen Anak Abah Mak
november 2015
Cuti sekolah akan berakhir seminggu lagi...Ya Allah cepatnya
masa berlalu..umur telah menjangkau 25 tahun 2 bulan tetapi rasanya tak banyak ibadah yang aku lakukan dalam hidup ini. Namun begitu alhamdulillah kerana masih diberi nikmat islam dan iman serta masih berada disamping mak abah saat ini. Allahurabbi terima kasih kerana memberi aku pinjaman rezeki yang tidak terhingga walaupun aku bukan jutawan tetapi aku tetap bersyukur dapat membantu mak dan abah. Allah bahagiakan mereka dunia dan akhirat. Aku ingin melihat mereka bahagia itu sudah cukup bagiku.Sementara mereka masih ada, buatlah dan ikutlah kata meraka itulah yang aku pesan pada diriku.. Abah meskipun abah tidak sihat aku tetap ingin melihat abah tersenyum. Abah sakit sebab abah dulu penat membesarkan anak-anak abah, abah bagi aku abah adalah abah terbaik walaubagaimana sekalipun abah. Abah meskipun abah ditakdirkan tidak sempurna macam orang lain tetapi abah gigih mencari sesuap nasi buat anak-anak abah. Abah tidak meminta-minta pada orang lain untuk mencari makan. maafkan kami abah andai kami bukan terbaik buat abah. Mak pula begitu besar pengorbanannya, seorang perempuan yang setia dan taat pada suami yang serba kekurangan. Mak tetap gigih membesarkan anak-anak dari berumur 15 tahun hingga kini. Tapi mak tidak pernah mengeluh walaupun aku tahu mak penat, hati mak memberontak nak berehat tetapi mak tidak pedulikan kata hati, mak tetapi gigih menjaga abah dan anak-anak..Tubuh mak ibarat tubuh seorang lelaki, mak mampu mengangkat guni sawit seorang dri, mak mampu mengangkat setandan pisang, mak mampu ke sana ke mari dalam suatu masa.Teringat daku ketika aku diuji kesakitan, mak setia disisiku, mak tidak pernah tinggalkan aku seorang diri sehingga disaat aku ingin menghadapi  peperiksaan STPM mak sampai tertidur disisiku menemani aku ulangkaji.Allahuakbar betapa hebat wanita ini Ya Allah. Mak Abah perngorbanan mak abah lah membuatkan aku semangat untuk teruskan pelajaranku. Ya Allah disebalik serba kekurangan mereka Kau kurniakan semangat yang kuat buat mereka. Ya Allah dakapi mereka walaupun bagaimana mereka diuji,, Aku sayang mereka,,Pertemukan kami di syurgaMu.. Amin

Abah tetap Abah
Mak tetap Mak
tiada galang gantinya
meskipun suatu hari
kita akan berjauhan
abah mak tetap dalam doa
abah mak tetap dihati...

Monday 4 July 2016

Andai ini takdirnya aku redha

Airmata jatuh berlinangan disaat rindu ini tidak tertanggung lagi.Aku mengenali dia tetapi kami tidak pernah berjumpa...tapi kenapa ada rindu...??nama dia alfath...namun kini nama ini hanya tinggal kenangan..dia pergi menghilangkan diri. Aku redha akan kepergiaannya..aku tahu dia bahagia sebab sebelum dia pergi dia ada memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan keluarganya..aku harap dia bahagia..awak saya tak berharap awak akan kembali..tapi saya berharap rindu saya pada awak akan mati..sebab menangung rindu ini sakit sangat...saya doakan awak bahagia..terima kasih sudi berkawan dengan saya walaupun tidak pernah berjumpa...

Monday 25 April 2016

đź’—MANISNYA IMANđź’—

Assalamualaikum..apa khabar  iman hari ini :) semoga baik hendakNya......sudah lama blog ini tidak dikunjungi tuannya.Kesibukkan dunia tidak dapat lari daripada hidup seseorang insan....sehinggakan kita tiada masa untuk diri sendiri.. Tetapi masa bersama Ilahi tetap ada.Bercerita tentang iman ada cerita yang saya ingin kongsikan buat kalian.manisnya iman apabila.kita merasa seronok dan ingin melakukan lagi dan lagi ibadah kepda Allah.tidak merasa letih.. ALLAHUAKBAR betapa nikmatnya kita merasai manisnya iman.. Tetapi apabila kemanisan iman tu hilang..solat pun kita tak kisah lengah2kan dan tinggalkan... ALLAHURABBI semoga kita semua bukan dari golongan tersebut.Kemanisan  iman bukan dapat dirasakan semua orang sahabat2... Tetapi apabila kita merasainya pegang lah ia erat2...usaha dan usahalah mendapat keberkatan IIahi serta tingkatkan iman kita... Nak.tahu macam mana??  Cubalah dan kuatkan.diri menyahut seruan Allah tepat pada masaNya iaitu solat...Maksudnya tunaikankan solat diawal waktu... Jangan kita selalu lewat2kan solat tanpa sebab.. Cubalah bangkit dari hal dunia sekejap.untuk meluangkan sedikit waktu bersama Ilahi.. Perasan tAk kita sibuk mengurus hal dunia yang tak penting pun.. Hal dunia dirimu sehebat mana pun kita kejar tetapi seruan Ilahi kita remeh2kan...dimanakan kita dimata Ilahi?? Lemahnya iman kita😒. Kejarlah akhirat,dunia akan mengikutimu... Kita bukan sempurna sahabat.. Tetapi kita semua boleh berusaha mengejar mardhotillah..Matlamat tidak menghalalkan segala cara.. Jangan kerana kita penat dunia,akhirat kita remeh2kan... kita pendosa tanpa nokhtah tetapi rahmat Allah tidak pernah tertutup.. Jika kamu merasa letih dengan kehidupan dunia.. Jgn lupa syurga itu mahal dan mahal itu tidak boleh beli dengan nilai wang ringgit.

6. 45pm
Pendosa Tanpa Nokhtah

Ya rabb tiada ape yang ingin kucari didunia ini melainkan keberkatanMu mengiringi setiap langkahmu..

Thursday 31 March 2016

Kucekalkan Hati

Penat, lelah dengan semua ini...Allahurabbi apa yang aku katakankan ini??rasa ini tidak seharusnya aku rungutkan. Pesan mak, biarlah kita berkorban sekarang demi kebahagian orang lain. Jangan pernah wujud dalam diri kita untuk merampas kebahagiaan orang lain. Pesanan ini yang aku gengam selama ini. Tapi mak jika kebahagiaan itu terbina atas keterpaksaan bukan kerelaan adakah kita patut melepaskan??Allahuakbar..sukarnya diri aku untuk difahami...Adakalanya ingin lari dari semua yang soal perasaan tetapi sejauhmana aku lari aku yakin masalah tidak akan selesai. Apakah keputusan yang aku ungkapkan semalam dari hati atau emosi semata2?Tetapi jika aku tak membuat keputusan aku yakin pihak sana juga ternanti2 dan menyebabkan ramai yang kecewa. Aku tidak ingin itu berlaku. Aku cuba cekalkan hati untuk melepaskan kau pergi..memang mudah kata-kata ini aku ungkap tetapi tak semudah hati yang merasai.. yang paling aku keliru, mengapa kau masih ingin bertemu sedangkan kau pun masih mencari-cari sebuah jawapan. Aku tidak ingin diriku berjumpa dengan insan yang bukan milikku yang sah sebelum mereka bertemu dengan mak dan abah. Itu janji aku selepas aku ditinggalkan lelaki yang aku sayang dahulu atas kesedaran yang Allah hantar bahawa hubungan yang tiada menjurus kearah yang halal hanya permainan lelaki. Tetapi kini berbeza, aku pertimbangkan segala keputusan kau kerana aku juga wanita yang biasa, yang lemah apabila berhadapan dengan insan yang disayangi. Aku lemah....Ya Allah lemahnya keyakinan aku kepadaMu ya rabb. Ampuni daku.. Pada 31 Mac 2016 pagi yang penuh kesedihan dihati...Aku tidak tahu mengapa aku sedih...Aku menaip mesej....lebih baik awak pergi??fikirkan hati dan perasaan keluarga dan pilihan keluarga awak..??tidak perlu memikirkan diriku lagi wanita yang tidak pernah kau temui??aku tidak tahu apa yang aku katakan tetapi kuyakin ini lebih baik untuk awak supaya awak ada ruang dan peluang untuk mencari kebahagian yang sebenar awak perlukan..lupakan saya....memang hati sedih...tetapi setiap kebahagiaan itu pasti ada airmata...kebahagian tidak akan datang tanpa airmata.Ku doakan kau bahagia...Saya tidak menyesal atas pertemuan ini, malah saya bersyukur walaupun seketika waktu perkenalan kita..tanpa bertemua kutidak tahu mengapa kau yang kurindu.....kuharap dirimu bahagia selalu dan bahagia serta dapat membahagiakan insan baharu yang akan wujud dalam hidup awak nanti. Kucekalkan hati demi insan yang kusayangi....kucekalkan hati atas ketentuan Ilahi..Kuyakinkan hati aapa yang terjadi akan ada hikmah yang menanti...senyumlah wahai hati walaupun hatipun dalam kesedihan...Allahurabbi...



Sunday 20 March 2016

Mati

Kematian sebuah peristiwa yang pasti akan terjadi. Kehadirannya satu rahsia yang besar yang tak bisa kita kaji. kematian orang beriman dengan orang yang tidak beriman sangat berbeza kematiannya. Azab Allah tiada siapa yang boleh lari jika Allah menghendaki Tapi mengapa ramai manusia tidak takut akanNya. takut rasanya apabila ustzah cerita tentang kembara alam barzakh. Aku tertanya-tanya bagaimana diri aku sendiri?dosa?pahala?bekalan aku untuk menghadapNya?apa yang perlu kita lakukan solatlah dan lakukan seorang muslim sejati.Ilmu Allah itu luas terokai dan nikmatilah...

Friday 18 March 2016

Monolog hati

Melepaskan dia demi kebahagiaan nya lebih baik daripada kita menyakiti hati orang lain...Setelah sekian lama hati aku kosong tanpa cinta manusia..ermm ada juga yang ingin menyapa tapi hati aku tidak terbuka untuk disapa sehingga aku mengenali seorang lelaki melalui salah satu media sosial..Aku tidak tahu kenapa rindu itu ada pada nya sedangkan aku tidak bertemu dengannya,hanya berhubung di wechat,,tidak pernah bertanya nama,tidak pernah bertanya hal peribadi tentangNya..apa yang aku tahu aku cuba menepis perasaan ini tapi tidak boleh. Sehingga satu saat dia memberitahuku bahawa dia sudah ada pilihan keluarga. Tiba-tiba entah tak tahu mengapa rasa sebak mula terasa.Allahuabbi....sebulan kami tidak berhubung kerana dia pergi untuk mencari sebuah jawapan. Dalam tempoh sebulan aku hanya berdoa agar dia bahagia.Tetapi kini kami berhubung semula seperti biasa..aku tidak tahu mengapa kami mesti berhubung kembali sedangkan kutahu dia akan pergi kembali..Hanya kepadaNya aku berpaut mencari cinta yang sebenarNya..biarkan ia pergi andai itu ketentuanMu kerana ku yakin setiap ketentuanMu adalah terbaik untukku....

Ya Allah temukan aku sebuah jawapan..
Redhakan aku disetiap ketentuanMu

10:39 PM
18 Mac 2016

Thursday 17 March 2016

Disaat diriku kecewa aku mula menyedari

Cinta merupakan fitrah yang Allah kurniakan kepada manusia..tetapi fitrah itu boleh menjadi fitnah jika diletakkan dalam landasan yang salah.Manusia mana yang tidak ada perasaan cinta termasuklah aku sendiri.Dulu aku pernah meletakkan fitrah itu pada landasan yang salah.Ketika aku mula menyanyangi dia aku mula setia..aku mula mementingkan dirinya,aku layan sahaja ego seorang lelaki.Hampir 2 tahun hubungan kami.Namun begitu,disebalik peristiwa itu aku diuji dengan kesakitan.aku mula berubah untuk mencari yang telah lama hilang..Setiap kali aku bersujud kepadaNya..aku akan menitiskan airmata..aku tertanya2 dimana silapku ya Allah..aku mula terdetik untuk berubah ke arah yang lebih baik.aku cuba elakkan diri untuk berjumpa dengannya.Setelah sebulan aku berubah..dia mula mengasingkan diri.Dia mula tidak jujur padaku.Akhirnya awal tahun 2013 aku mintak ditinggalkan kerana aku ingin berhijrah untuk bebas dunia kapel.Hakikatnya memang sakit,tetapi sendiri yang mencari, sendiri tanggung..siapa yang tidak kecewa untuk meninggalkan lelaki yang kita sayang sehingga tidak pernah berpaling tetapi ku yakin ketentuan Allah,aku harus lakukan. Ha kawan2 nak tahu macam mana tips2 mengatasi putus cinta??jom saya terangkan: )

1. Dekatkan diri pada Allah.perbaiki  diri.Jika dulu waktu azan berkumandang kita tak menyahut  

     seruanNya dan lambat menunaikan panggilanNya disebabkan melayani msj dia. Kini cuba solat
     awal waktu.

2.Belajar menutup aurat.

3.Jika ada peluang,selalulah dengar kuliah

4.sibukkan diri dengan benda bermanfaat.

5.elakkan mendengar lagu jiwang
    Sebab kita akan sedih dan ingat padanya

7.baca al-quran dan faham maknanya..insyaAllah kamu akan jawapan setiap ape yang terjadi.


Sekian.jom cuba praktikkan..lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.so.jom perbaiki diri :)

Monday 7 March 2016

Pembukaan Ceritera cinta Ilahi

Tentang Diri :

Assalamualaikum...tujuan saya mencipta blog ini untuk berkongsi pengalaman hidup saya yang penuh dengan pelbagai rintangan.....ketawa tidak akan hadir tanpa airmata begitu juga iman tidak akan hadir tanpa ujian...saya berharap ceritera ini dapat menjadi aspirasi serta pengajaran buat orang lain.