Saturday 24 December 2016

Pinjaman Allah 25 tahun 2 bulan....Mak Abah

Hari Konvokesyen Anak Abah Mak
november 2015
Cuti sekolah akan berakhir seminggu lagi...Ya Allah cepatnya
masa berlalu..umur telah menjangkau 25 tahun 2 bulan tetapi rasanya tak banyak ibadah yang aku lakukan dalam hidup ini. Namun begitu alhamdulillah kerana masih diberi nikmat islam dan iman serta masih berada disamping mak abah saat ini. Allahurabbi terima kasih kerana memberi aku pinjaman rezeki yang tidak terhingga walaupun aku bukan jutawan tetapi aku tetap bersyukur dapat membantu mak dan abah. Allah bahagiakan mereka dunia dan akhirat. Aku ingin melihat mereka bahagia itu sudah cukup bagiku.Sementara mereka masih ada, buatlah dan ikutlah kata meraka itulah yang aku pesan pada diriku.. Abah meskipun abah tidak sihat aku tetap ingin melihat abah tersenyum. Abah sakit sebab abah dulu penat membesarkan anak-anak abah, abah bagi aku abah adalah abah terbaik walaubagaimana sekalipun abah. Abah meskipun abah ditakdirkan tidak sempurna macam orang lain tetapi abah gigih mencari sesuap nasi buat anak-anak abah. Abah tidak meminta-minta pada orang lain untuk mencari makan. maafkan kami abah andai kami bukan terbaik buat abah. Mak pula begitu besar pengorbanannya, seorang perempuan yang setia dan taat pada suami yang serba kekurangan. Mak tetap gigih membesarkan anak-anak dari berumur 15 tahun hingga kini. Tapi mak tidak pernah mengeluh walaupun aku tahu mak penat, hati mak memberontak nak berehat tetapi mak tidak pedulikan kata hati, mak tetapi gigih menjaga abah dan anak-anak..Tubuh mak ibarat tubuh seorang lelaki, mak mampu mengangkat guni sawit seorang dri, mak mampu mengangkat setandan pisang, mak mampu ke sana ke mari dalam suatu masa.Teringat daku ketika aku diuji kesakitan, mak setia disisiku, mak tidak pernah tinggalkan aku seorang diri sehingga disaat aku ingin menghadapi  peperiksaan STPM mak sampai tertidur disisiku menemani aku ulangkaji.Allahuakbar betapa hebat wanita ini Ya Allah. Mak Abah perngorbanan mak abah lah membuatkan aku semangat untuk teruskan pelajaranku. Ya Allah disebalik serba kekurangan mereka Kau kurniakan semangat yang kuat buat mereka. Ya Allah dakapi mereka walaupun bagaimana mereka diuji,, Aku sayang mereka,,Pertemukan kami di syurgaMu.. Amin

Abah tetap Abah
Mak tetap Mak
tiada galang gantinya
meskipun suatu hari
kita akan berjauhan
abah mak tetap dalam doa
abah mak tetap dihati...