Saturday 19 August 2017

-------------------------------------

kehidupan merupakan satu episod yang tidak dijangka jalan ceritanya.. .kita hanya mampu merancang berusaha sehabis mungkin tapi ketentuan Dia mengatasi segalanya. Manis Masam tawar dan segala rasa kita rasai dalam sebuah kehidupan.. begitu juga aku .... bahagia yang hadir datang bersama keperitan.. dimana harus pergi sebenarnya ...dimana harus kucampak kesabaran.. kini aku diuji dengan kesakitan yang ditangung oleh seorang lelaki bergelar abah.abah aku rindu abah...mendengar suara abh memarahi aku, rindu suara abh mengingatkan tentang pelbagai perkara...tapi itu hanya kenangan..kini abah tak mampu lagi...abah ingat tak lagi semasa yan sakit ..abh duduk disebelah yan...abh menangis tgok keadaan yan... yan fikir masa tu..hayat yan tamat tapi Allah sayangkan yan.. Allah masih beri peluang untuk yan menjadi budak yang baik..Allah masih bagi peluang pada anak abh untuk membesar bersama abh....apa yang berlaku pada abah.. membuatkan aku bangun berdikari dalam segala hal...perit rasanya..tapi apa pun kena tambah..selalu ingatkan diri dengan firman Allah dalam surah albaqarah ayat 286 : Allah tidak akan menguji diluar kemampuan.. hati mana yang tak rapuh bila insan yang disayangi diuji dengan sebuah kesakitan.. tetapi semua itu membuatkan aku kuat..kuat dengan kasih sayangNya...ku yakini bahawa apa yang berlaku ada hikmah ya Rabb....kekuatan demi kekuatan aku cari aku harap padamu ya Ilahi...peluk la daku dan insan disekelilingku.....walaupn banyak persoalan tapi aku mampu diamkan diri saat ini..aku serahkan semuanya kepada Mu....siapa aku dihati dia...hanya Dia yang tahu...biarlah persoalan itu kaku disitu agar aku tidak menyakiti hati sesiapa..rindu yang ditahan aku pasakkan segalanya padaMu..😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Sunday 29 January 2017

Kita manusia bukan maksum

Manusia adalah sejenis makhluk yang diciptakan Allah untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.. Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa..siapa kita hendak menghukum??sedangkan kita juga manusia biasa yang sentiasa mengharap pengampunan Allah. Pernah tak kita rasa kecewa, sakit hati, dan marah terhadap seseorang...mesti pernah kan??begitu juga aku... aku pernah rasa kecewa , marah dan sakit hati terhadap seseorang sehingga kan aku ingin membalas apa yang dilakukan.... tetapi rasa itu mula terhakis apabila orang yang aku marah sakit hati membuat kebaikkan kepada aku.... Allahurabbi Kau tolong aku jauh dari sikap dendam dengan menyedarkan aku bahawa siapa kita tanpa bantuan orang lain.. tiada kesempurnaan melainkan Dia yang maha sempurna... Airmata mengalir..hati mula jauh sifat dendam....Ya Allah hebatnya kuasamu....hanya dengan satu episod dalam satu babak sebuah kehidupan Kau bawa aku lari jauh dengan sikap dendam....Babak demi babak aku lalui sehingga aku belajar memaafkan... pernah menyusuk dihatiku dari seorang sahabat dendam tidak akan membawa ketenangan malah akan memakan diri....ya benar api dendam akan menghilangkan segala ketenangan...Airmata terus mengalir ......dari babak ini aku belajar untuk memaafkan segala kesilapan orang lain. dari babak ini aku belajar untuk menerima segala ketidaksempurnaan...aku belajar.....sentiasa mengingatkan diri kita manusia dan dia manusia tidak pernah sempurna....setiap kali disakiti dan terasa hati aku belajar untuk menerima...Ya Allah sungguh tenang berada di garis panduanMu....kekuatan itu datang dari kekuatanMu ya rabb... Wahai saudaraku...belajarlah untuk memaafkan...biarlah seribu kali kita dihina, dikeji dan disakiti...MAAFkan lah.....kerana Allah sentiasa berada bersama-sama orang yang sabar...jangan pernah memutuskan silaturahim dengan sesiapa...jangan kerana sekelumit khilaf kita mulai membenci..jangan....kita manusia tidak layak untuk terus menghukum dan terus menghukum.....hanya Allah S.W.T sahaja yang layak  menghukum dosa hambanya.......Maafkan daku andai tersalah sepanjang berada disekeliling anda semua.......aku tidak pernah sempurna dan tidak akan sempurna....:(


Allah ada 
dimana-mana

Saturday 24 December 2016

Pinjaman Allah 25 tahun 2 bulan....Mak Abah

Hari Konvokesyen Anak Abah Mak
november 2015
Cuti sekolah akan berakhir seminggu lagi...Ya Allah cepatnya
masa berlalu..umur telah menjangkau 25 tahun 2 bulan tetapi rasanya tak banyak ibadah yang aku lakukan dalam hidup ini. Namun begitu alhamdulillah kerana masih diberi nikmat islam dan iman serta masih berada disamping mak abah saat ini. Allahurabbi terima kasih kerana memberi aku pinjaman rezeki yang tidak terhingga walaupun aku bukan jutawan tetapi aku tetap bersyukur dapat membantu mak dan abah. Allah bahagiakan mereka dunia dan akhirat. Aku ingin melihat mereka bahagia itu sudah cukup bagiku.Sementara mereka masih ada, buatlah dan ikutlah kata meraka itulah yang aku pesan pada diriku.. Abah meskipun abah tidak sihat aku tetap ingin melihat abah tersenyum. Abah sakit sebab abah dulu penat membesarkan anak-anak abah, abah bagi aku abah adalah abah terbaik walaubagaimana sekalipun abah. Abah meskipun abah ditakdirkan tidak sempurna macam orang lain tetapi abah gigih mencari sesuap nasi buat anak-anak abah. Abah tidak meminta-minta pada orang lain untuk mencari makan. maafkan kami abah andai kami bukan terbaik buat abah. Mak pula begitu besar pengorbanannya, seorang perempuan yang setia dan taat pada suami yang serba kekurangan. Mak tetap gigih membesarkan anak-anak dari berumur 15 tahun hingga kini. Tapi mak tidak pernah mengeluh walaupun aku tahu mak penat, hati mak memberontak nak berehat tetapi mak tidak pedulikan kata hati, mak tetapi gigih menjaga abah dan anak-anak..Tubuh mak ibarat tubuh seorang lelaki, mak mampu mengangkat guni sawit seorang dri, mak mampu mengangkat setandan pisang, mak mampu ke sana ke mari dalam suatu masa.Teringat daku ketika aku diuji kesakitan, mak setia disisiku, mak tidak pernah tinggalkan aku seorang diri sehingga disaat aku ingin menghadapi  peperiksaan STPM mak sampai tertidur disisiku menemani aku ulangkaji.Allahuakbar betapa hebat wanita ini Ya Allah. Mak Abah perngorbanan mak abah lah membuatkan aku semangat untuk teruskan pelajaranku. Ya Allah disebalik serba kekurangan mereka Kau kurniakan semangat yang kuat buat mereka. Ya Allah dakapi mereka walaupun bagaimana mereka diuji,, Aku sayang mereka,,Pertemukan kami di syurgaMu.. Amin

Abah tetap Abah
Mak tetap Mak
tiada galang gantinya
meskipun suatu hari
kita akan berjauhan
abah mak tetap dalam doa
abah mak tetap dihati...

Monday 4 July 2016

Andai ini takdirnya aku redha

Airmata jatuh berlinangan disaat rindu ini tidak tertanggung lagi.Aku mengenali dia tetapi kami tidak pernah berjumpa...tapi kenapa ada rindu...??nama dia alfath...namun kini nama ini hanya tinggal kenangan..dia pergi menghilangkan diri. Aku redha akan kepergiaannya..aku tahu dia bahagia sebab sebelum dia pergi dia ada memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan keluarganya..aku harap dia bahagia..awak saya tak berharap awak akan kembali..tapi saya berharap rindu saya pada awak akan mati..sebab menangung rindu ini sakit sangat...saya doakan awak bahagia..terima kasih sudi berkawan dengan saya walaupun tidak pernah berjumpa...

Monday 25 April 2016

πŸ’—MANISNYA IMANπŸ’—

Assalamualaikum..apa khabar  iman hari ini :) semoga baik hendakNya......sudah lama blog ini tidak dikunjungi tuannya.Kesibukkan dunia tidak dapat lari daripada hidup seseorang insan....sehinggakan kita tiada masa untuk diri sendiri.. Tetapi masa bersama Ilahi tetap ada.Bercerita tentang iman ada cerita yang saya ingin kongsikan buat kalian.manisnya iman apabila.kita merasa seronok dan ingin melakukan lagi dan lagi ibadah kepda Allah.tidak merasa letih.. ALLAHUAKBAR betapa nikmatnya kita merasai manisnya iman.. Tetapi apabila kemanisan iman tu hilang..solat pun kita tak kisah lengah2kan dan tinggalkan... ALLAHURABBI semoga kita semua bukan dari golongan tersebut.Kemanisan  iman bukan dapat dirasakan semua orang sahabat2... Tetapi apabila kita merasainya pegang lah ia erat2...usaha dan usahalah mendapat keberkatan IIahi serta tingkatkan iman kita... Nak.tahu macam mana??  Cubalah dan kuatkan.diri menyahut seruan Allah tepat pada masaNya iaitu solat...Maksudnya tunaikankan solat diawal waktu... Jangan kita selalu lewat2kan solat tanpa sebab.. Cubalah bangkit dari hal dunia sekejap.untuk meluangkan sedikit waktu bersama Ilahi.. Perasan tAk kita sibuk mengurus hal dunia yang tak penting pun.. Hal dunia dirimu sehebat mana pun kita kejar tetapi seruan Ilahi kita remeh2kan...dimanakan kita dimata Ilahi?? Lemahnya iman kita😒. Kejarlah akhirat,dunia akan mengikutimu... Kita bukan sempurna sahabat.. Tetapi kita semua boleh berusaha mengejar mardhotillah..Matlamat tidak menghalalkan segala cara.. Jangan kerana kita penat dunia,akhirat kita remeh2kan... kita pendosa tanpa nokhtah tetapi rahmat Allah tidak pernah tertutup.. Jika kamu merasa letih dengan kehidupan dunia.. Jgn lupa syurga itu mahal dan mahal itu tidak boleh beli dengan nilai wang ringgit.

6. 45pm
Pendosa Tanpa Nokhtah

Ya rabb tiada ape yang ingin kucari didunia ini melainkan keberkatanMu mengiringi setiap langkahmu..

Thursday 31 March 2016

Kucekalkan Hati

Penat, lelah dengan semua ini...Allahurabbi apa yang aku katakankan ini??rasa ini tidak seharusnya aku rungutkan. Pesan mak, biarlah kita berkorban sekarang demi kebahagian orang lain. Jangan pernah wujud dalam diri kita untuk merampas kebahagiaan orang lain. Pesanan ini yang aku gengam selama ini. Tapi mak jika kebahagiaan itu terbina atas keterpaksaan bukan kerelaan adakah kita patut melepaskan??Allahuakbar..sukarnya diri aku untuk difahami...Adakalanya ingin lari dari semua yang soal perasaan tetapi sejauhmana aku lari aku yakin masalah tidak akan selesai. Apakah keputusan yang aku ungkapkan semalam dari hati atau emosi semata2?Tetapi jika aku tak membuat keputusan aku yakin pihak sana juga ternanti2 dan menyebabkan ramai yang kecewa. Aku tidak ingin itu berlaku. Aku cuba cekalkan hati untuk melepaskan kau pergi..memang mudah kata-kata ini aku ungkap tetapi tak semudah hati yang merasai.. yang paling aku keliru, mengapa kau masih ingin bertemu sedangkan kau pun masih mencari-cari sebuah jawapan. Aku tidak ingin diriku berjumpa dengan insan yang bukan milikku yang sah sebelum mereka bertemu dengan mak dan abah. Itu janji aku selepas aku ditinggalkan lelaki yang aku sayang dahulu atas kesedaran yang Allah hantar bahawa hubungan yang tiada menjurus kearah yang halal hanya permainan lelaki. Tetapi kini berbeza, aku pertimbangkan segala keputusan kau kerana aku juga wanita yang biasa, yang lemah apabila berhadapan dengan insan yang disayangi. Aku lemah....Ya Allah lemahnya keyakinan aku kepadaMu ya rabb. Ampuni daku.. Pada 31 Mac 2016 pagi yang penuh kesedihan dihati...Aku tidak tahu mengapa aku sedih...Aku menaip mesej....lebih baik awak pergi??fikirkan hati dan perasaan keluarga dan pilihan keluarga awak..??tidak perlu memikirkan diriku lagi wanita yang tidak pernah kau temui??aku tidak tahu apa yang aku katakan tetapi kuyakin ini lebih baik untuk awak supaya awak ada ruang dan peluang untuk mencari kebahagian yang sebenar awak perlukan..lupakan saya....memang hati sedih...tetapi setiap kebahagiaan itu pasti ada airmata...kebahagian tidak akan datang tanpa airmata.Ku doakan kau bahagia...Saya tidak menyesal atas pertemuan ini, malah saya bersyukur walaupun seketika waktu perkenalan kita..tanpa bertemua kutidak tahu mengapa kau yang kurindu.....kuharap dirimu bahagia selalu dan bahagia serta dapat membahagiakan insan baharu yang akan wujud dalam hidup awak nanti. Kucekalkan hati demi insan yang kusayangi....kucekalkan hati atas ketentuan Ilahi..Kuyakinkan hati aapa yang terjadi akan ada hikmah yang menanti...senyumlah wahai hati walaupun hatipun dalam kesedihan...Allahurabbi...



Sunday 20 March 2016

Mati

Kematian sebuah peristiwa yang pasti akan terjadi. Kehadirannya satu rahsia yang besar yang tak bisa kita kaji. kematian orang beriman dengan orang yang tidak beriman sangat berbeza kematiannya. Azab Allah tiada siapa yang boleh lari jika Allah menghendaki Tapi mengapa ramai manusia tidak takut akanNya. takut rasanya apabila ustzah cerita tentang kembara alam barzakh. Aku tertanya-tanya bagaimana diri aku sendiri?dosa?pahala?bekalan aku untuk menghadapNya?apa yang perlu kita lakukan solatlah dan lakukan seorang muslim sejati.Ilmu Allah itu luas terokai dan nikmatilah...